Minggu, 30 Mei 2010

Badminton

Badminton
Written by asiamind
Wednesday, 30 July 2008 15:01

Badminton

Antara acara sukan yang wujud di dunia ini yang melibatkan penggunaan raket sebagai alat pukulan bulu tangkis ialah acara sukan badminton. Tidak dinafikan bahawa acara sukan badminton ini boleh dikatakan suatu acara sukan yang popular sejak dari zaman silam. Acara sukan ini dimainkan oleh sama ada dua orang pemain yang bertentangan iaitu berlawan secara perseorangan ataupun dua pasangan bertentangan iaitu beregu sepasukan.

Sejarah badminton di mata dunia.

Acara sukan ini telah mendapat sambutan yang hangat di seluruh pelusuk negara-negara di dunia, sukan ini pada mulanya dimainkan di Yunani Silam dan Mesir tetapi negara England membentuk acara sukan ini sebagai acara sukan yang mempunyai undang-undang, meskipun begitu, Undang-undang tersebut telah dirujuk asal kepada negara india pada tahun 1887. Selepas itu, acara sukan ini terlalu mendapat sambutan yang tinggi menggunug daripada semua pihak dan ianya menyebabkan undang-undang itu digubal semula pada tahun 1893 oleh Badminton Association of England. Akhir sekali undang-undang acara sukan ini diperketatkan pada 13/9/1893. Acara sukan ini berjaya menjadikan suatu acara yang di antara boleh menggemparkan seluruh negara di dunia dengan kejohanan badminton sedunia yang melibatkan negara-negara di dunia.

Peraturan sukan badminton.

Sememangnya yang diketahui bahawa setiap acara sukan mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dalam acara sukan badminton, peraturan yang telah ditertibkan adalah posisi pemain yang dimana ianya bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan ditengah-tengah gelanggang oleh jaring. Mata dikira melalui pukulan bulu tangkis dengan menggunakn raket, dan bulu tangkis tersebut perlu melepasi bahagian atas jaring dan jatuh ke kawasan lantai pihak lawan. Bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali sahaja bagi setiap sisi sebelum ia melepasi bahagian atas jaring.

Pemain badminton

Pemain badminton memerlukan ketinggian yang agak tinggi, selain itu, pemain acara sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi, stamina juga adalah aspek yang penting semasa pemain beraksi di gelanggang supaya pemain tidak mudah rasa penat malahan mempunyai tenaga belebihan. Selain itu, sebagai pemain acara sukan badminton perlu mempunyai ketangkasan yang luar biasa, aspek ini perlu ada pada setiap pemain acara sukan badminton adalah untuk ketangkasan membalas pukulan bulu tangkis oleh pihak lawan.kekuatan pada kaki pemain diperlukan kerana untuk membuat lompatan tinggi apabila pemain itu hendak melakukan pukulan yang tajam (smash) dan ianya di sokong oleh kekuatan tangan juga untuk menghayun semasa melakukan pukulan smash itu.

Pembahagian badminton

Pembahagian badminton terbahagi kepada lima iaitu, perseorangan lelaki dan perempuan, beregu lelaki dan perempuan, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Antara negara-negara di dunia ini yang mempunyai pemain profesional bertaraf dunia ialah negara Denmark, China, Indonesia, Korea Selatan dan juga Malaysia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar